Skip to main content
Berita TempatanJohor

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Helwa, Puspanita, Perkim

By 27 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 27 Jan (Malaysiaaktif)  – Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Cawangan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama PUSPANITA, PERKIM, LKPI, Ibu Tunggal Mekar, Ibu Tunggal Daerah, BP Care, PERKEP, Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Puteri Islam kelmarin  menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W di Dewan Jubli Intan Batu Pahat.

Pada majlis yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat Haji Mohd Halim Hasbullah ini turut diadakan satu sesi ceramah agama oleh penceramah undangan, Ustaz Harryanto Rizal.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, A. Aziz Ismail, Pengerusi PUSPANITA Daerah Batu Pahat Hajjah Afrinah Mohd Ikhsan dan pemimpin masyarakat.

 

Tinggalkan komen anda