Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomeKelantanViral

Resepi Turun Temurun Dodol Lemak Kampung Laut

By 22 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Hussin Abdullah &Robani Nabi Ahmad

TUMPAT, 22 Jan (Malaysia Aktif) – Sepakat membawa berkat, begitulah sekeluarga adik beradik yang mengusahakan perusahaan dodol lemak dan gelembung buaya di Kampung Laut di sini menerusi perusahaan dodol lemak milik syarikat Mohd Jeffri bin Mohamad dan keluarga.

Meneruskan legasi perniagaan keluarga sejak lebih 60 tahun yang lalu, kini permintaan terhadap produk tersebut meningkat dari semasa ke semasa.

Menurut Zarika Yusof, 54, dia dan adik beradiknya yang lain, mula mengusahakan dodol lemak secara kecil-kecilan dan kini telah berkembang ke seluruh negeri kerana permintaan yang tinggi oleh pelanggan- pelanggan di luar Kelantan.

 

dodol2

 

“Sebanyak 300 kilo sehari dodol dapat dihasilkan pada hari-hari biasa, manakala jumlah dodol akan meningkat ke 700 kilo sehari apabila tiba musim cuti persekolahan dan hari raya.

“Di samping dodol, kami juga mengusahakan gelembung buaya yang diperbuat daripada kelapa dan tepung  beras jika ada permintaan dari pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Zarika berkata, mereka tidak mengupah pekerja sebaliknya hanya menggunakan khidmat adik beradik seramai 7 orang dan ipar duai sahaja dalam proses pembuatan ini,

“Enam mesin memproses dodol mengisar selama 10 jam setiap hari tanpa henti untuk menyiapkan sekawah dodol.

“Dodol dan gelembung buaya ini turut  di hantar ke Sabah dan Sarawak untuk dipasarkan,” katanya lagi.

 

Tinggalkan komen anda