Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

100 Tampil Derma Darah di Balik Pulau Untuk Tabung Darah HBPP

By 16 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Salim Rashid (Georgetown)

BALIK PULAU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 100 penderma hari ini tampil untuk mendaftar dan menderma darah bagi mengisi Tabung Darah Hospital Besar Pulau Pinang di Kolej Vokasional Balik Pulau.

Kempen kesedaran menderma darah anjuran Jabatan Perubatan Transfusi (Unit Tabung Darah) Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) dengan kerjasama Kolej Vokasional Balik Pulau ini mendapat sambutan positif daripada para pelajar dan guru-guru kolej berkenaan.

Menurut Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Perubatan Transfusi HBPP, Marshita Othman, kempen derma darah secara bergerak HBPP dijalankan pada setiap bulan untuk memudahkan orang ramai yang ingin menderma darah berbuat demikian tanpa perlu hadir ke hospital.

Turut menderma, kakitangan awam di sekitar Balik Pulau.

 

Tinggalkan komen anda