Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ikan dan Udang Dijumpai Mati Dipercayai Dituba

By 16 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Mohammad Abd.Rahman & Asli Ag.Damit (Sabah)

PAPAR, SABAH, 16 Feb (Malaysiaktif) –? Penduduk Kg Kuala Papar gempar dengan penemuan ikan dan udang mati terdampar di sepanjang pesisir tebing Muara Sungai Papar petang semalam.

Seorang penduduk yang mahu hanya dikenali sebagai Azman, 41,  berkata, dia dan beberapa rakan nelayan terkejut melihat berbagai ekor ikan dan udang terapung dan terdampar di tebing muara sungai Papar.

Dia percaya kejadian itu berlaku pada waktu malam dan disyaki berpunca daripada individu yang tidak bertanggunjawab menuba perairan di kawasan tersebut sebagai jalan mudah menangkap hasil laut untuk mengaut keuntungan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Kuala Papar, Suhaibun Mudin berkata “Kejadian telah dilaporkan ke pengetahuan pemimpin masyarakat kampung Kuala Papar dan Lembaga Persatuan Nelayan yang mengarahkan agar aduan dibuat untuk tindakan Balai Polis Papar, Jabatan Perikanan dan agensi berkaitan bagi membolehkan siasatan dilakukan segera.”

Beliau yang juga nelayan setempat berharap pihak berkuasa mengambil perhatian serius perkara tersebut.

Polis Diraja Malaysia Papar, memaklumkan menerima aduan dan memohon agar  penduduk tidak membuat sebarang spekulasi mahu pun tuduhan melulu tentang kejadian tersebut sementara siasatan masih dilaksanakan.

 

Tinggalkan komen anda