Skip to main content
Berita TempatanSabah

118 Keluarga Mangsa Kebakaran Kg.Disayang Dapat Bantuan

By 14 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh R.Fauzi Abdul Lahap & Charlane Aloysius (Sabah)

SANDAKAN, SABAH, 14 Feb (Malaysiaktif) –? Seramai 118 Ketua Keluarga mangsa kebakaran Kampung Disayang menerima bantuan berupa zink dan papan lapis dari Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin, semalam.

Kebakaran yang berlaku pada 4 Februari lalu itu memusnahkan sejumlah 100 buah rumah dan semua mangsa kini ditempatkan sementara di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) Batu Sapi.

Sebelum ini, mangsa turut menerima pelbagai sumbangan bantuan daripada berbagai pihak yang turut simpati terhadap keadaan mangsa.

 

Tinggalkan komen anda