Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

“Sayangi Kawasan Kita” Semai Nilai Ambil Peduli Jiran

By 14 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauziah Hussain  & Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Malaysiaaktif) – ‘Sayangi Kawasan Kita’ menjadi fokus program Info Komuniti 1Malaysia (K1M) yang berlangsung di Seksyen 10 Wangsa Maju sempena Sambutan Hari Wilayah 2016 hari ini.

Tema ini diangkat bagi menyemai sifat prihatin dan ambil peduli masyarakat, khususnya dari aspek keselamatan, kebersihan, kesihatan dan masalah gejala sosial di kawasan kejiranan.

Menurut Pengerusi K1M Seksyen 10 Wangsa Maju, Abidin Supardi, komuniti perlu berganding bahu dan saling membantu menangani masalah dan bukan mengambil sikap tidak kisah.

Tambah beliau,  program ini dapat memupuk semangat kejiranan dan cintakan kawasan kejiranan dan bukan hanya mengharapkan bantuan dari luar.

Antara kaunter yang turut dibuka termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju (IPD Wangsa Maju, PDRM),  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),  Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jabatan Penerangan WPKL dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut wakil Pempamer IPD Wangsa Maju, Sub Inspektor Juhari Abdullah, kaunter ‘PDRM bersama Pelanggan’ berfungsi menerangkan perihal jenayah dan cara-cara penduduk setempat mendapat maklumat untuk menyalurkan aduan dengan betul terhadap pelbagai aktiviti tidak sihat yang berlaku di kawasan sekitar.

Beliau berkata menerusi aduan yang diterima, pihak polis boleh menjalankan siasatan dan rondaan. Malah masyarakat boleh menjadi ‘mata dan telinga’ PDRM bagi bersama memerangi jenayah seperti menjadi Rakan Cop Kuala Lumpur.

Program anjuran K1M Seksyen 10 Wangsa Maju yang berlangsung dari  pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

 

Tinggalkan komen anda