Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sentuhan Pelajar UiTM Di Kampung Tebong

By 28 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mastika Hablum, Noraidah Mat Seh & Nur Hafif Zainurdin (Melaka)

ALOR GAJAH, 28 Feb (Malaysiaaktif) — Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Daerah Alor Gajah 2016 berjaya menarik minat pelajar UiTM Kampus Alor Gajah untuk sama-sama turun padang melibatkan diri dalam program ini semalam.

Seramai 70 orang menunjukkan kreativiti mereka dengan melukis dan mewarna mural di dinding Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong, selain bersama mengambil bahagian dalam   acara sukaneka, gotong royong kenduri kampung, mengecat dinding dewan dan acara pertandingan memasak.

Program ini turut dihadiri seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, guru, penduduk setempat dan ibu bapa.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, Datuk Lai Meng Chong.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Melaka adan Pejabat Penerangan Alor Gajah kerana memilih SMK Tebong sebagai tapak program.

Menurut beliau, dengan ini secara tidak langsung ia dapat memperkenalkan Kampung Tebong kepada pelajar-pelajar UiTM yang kebanyakannya tidak pernah menjejakkan kaki ke situ.

Penutup Karnival ini dirasmikan oleh Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Md Yunos Husin.

 

Tinggalkan komen anda