Skip to main content
Berita TempatanSabah

Arifin Kecewa Pihak Tidak Hormati Pemimpin Negara

By 26 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Yahya Abdul Rajak, Azman Jumat & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KENINGAU, SABAH, 26 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri,  Datuk Mohd Arifin Mohd Arif kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menghormati pemimpin negara.

Malah, pihak berkenaan juga dilihat langsung tidak menunjukkan nilai perpaduan dan akhlak yang baik.

Menurutnya, perbuatan Doris Jones yang meletakkan wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pada seekor haiwan yang tidak sepatutnya merupakan tindakan yang tidak wajar.

Beliau turut menyifatkan perbuatan itu sebagai bukan akhlak seorang muslim atau  moral seseorang penganut ajaran lain.

“Sebagai seorang manusia yang dicipta tuhan, seharusnya beliau tidak boleh melakukan perbuatan seperti itu,” katanya sebagai mengulas mengenai konsep perpaduan yang menjadi tema pada Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Negeri Sabah 1437H/2016M di sini, malam tadi.

Tambah beliau, perpaduan merupakan faktor yang amat  penting dalam memupuk kasih sayang dan persefahaman tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.

“Perbuatan Doris Jones langsung tidak menghormati pemimpin dan nilai hidup bermasyarakat serta hilangnya nilai kemanusiaan dan ini tentunya amat bertentangan dengan akhlak mahupun agama masing-masing.

“Ia juga bertentangan dengan sikap kita sebagai manusia yang perlu berakhlak mulia, bersopan santun terutama sekali apabila ia menyentuh maruah seorang pemimpin,” jelasnya lagi.

Pada majlis itu, seramai 12 peserta mewakili setiap pentadbiran bahagian Negeri Sabah memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing dan keputusan akan diketahui pada Majlis Penyampaian Hadiah yang akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah, esok malam.

Johan qari dan qariah sekaligus melayakkan mereka mewakili Sabah ke MTQ Peringkat Kebangsaan kelak.

Antara yang hadir, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Ustaz Haji Mohd suhaili Haji Said dan  Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah.

 

Tinggalkan komen anda