Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

TUDM Bantu Urus Jenazah Hassan ‘Wira’ Kuala Selangor

By 26 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 26 Feb (Malaysiaaktif) — Mangsa lemas di pesisir Pantai Asam Jawa semasa insiden penderatan cemas pesawat CN235 Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pagi tadi dikenali sebagai Hassan bin Abdul Latif, 55 tahun yang menetap di Kampung Baru Asam Jawa sejak kecil lagi.

Menurut adik mangsa, Jamaliah binti Abdul Latif, abangnya masih bujang, tinggal bersendirian dan bekerja sebagai pencari siput bagi menyara hidupnya..

20160226055114 (1)

Adik mangsa, Jamaliah binti Abdul Latif.

 

‘Abang saya seorang yang ringan tulang, suka menolong dan mesra bersama orang,’ tambah beliau semasa ditemui oleh wartawan Malaysiaaktif petang tadi.

Allahyarham Hassan merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik yang lima darinya perempuan.

Menurutnya Jamaliah, beliau menerima panggilan lebih kurang pada pukul 12.00 tengahari daripada anak saudaranya yang memaklumkan bahawa polis meminta waris hadir ke Hospital Tanjung Karang bagi proses pengecaman mayat.

 

20160226055449 (2)

Jiran, Hamidah Hamid: mangsa hidup bersendirian sejak kematian ayahnya tiga tahun lepas.

 

Seorang jiran, Hamidah Hamid, berkata mangsa hidup bersendirian sejak kematian ayahnya tiga tahun lepas. ‘Dia juga menerima bantuan Zakat kerana pendapatan rendah,’ katanya.

Menurutnya lagi, mangsa rajin berkerja, suka menolong orang lain, mesra serta dikenali ramai.

Allahyarham Hassan pernah ditemuramah oleh TV3 dalam rancangan dokumentari berkenaan mencari siput dan herba di dalam hutan.

Sejurus selepas penderatan cemas yang dilakukan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) CN235 pagi tadi, Allahyarham antara yang terawal menyaksikan kejadian dan telah cuba menuju ke lokasi untuk memberi bantuan, tetapi dia sendiri terperangkap dalam lumpur.

Jenazah mangsa telah dituntut oleh adik-beradiknya di Hospital Tanjung Karang dan dikebumikan di Perkuburan Kampung Asam Jawa.

Pihak TUDM memaklumkan bahawa mereka bertanggung-jawap sepenuhnya dalam membantu dari segi kewangan urusan jenazah.

 

Tinggalkan komen anda