Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Hujan Lebat Sejak Semalam Menyebabkan Banjir Di Alor Gajah

By 6 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nur Hafif bin Zainurdin / Noraidah binti Mat Seh / Mastika Hablum (Alor Gajah)

ALOR GAJAH,6 Feb (Malaysaaktif) — Hujan lebat sejak pukul 8.00 malam semalam mengakibatkan banjir di jalan utama di sini. Banjir dipercayai disebabkan masalah pengaliran di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah.

Antara kawasan yang dinaiki air, termasuk Dalong, Gadek Dalam, Taman Sri Bayu 2, Pengkalan, Lubok China dan Tebong.

Keadaan memaksa pemindahan seramai 53 orang daripada 17 keluarga. Mereka ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir, iaitu Balai Raya Kampung Gadek, Surau Taman Cahaya, Tebong Machap, Balai raya Bukit Balai dan Durian Tunggal.

 

20160205220912

 

Menurut seorang penduduk, Haji Sadar Nawabdin, 60, hujan sejak semalam mengakibatkan beberapa buah rumah dinaiki air hingga menyebabkan kerosakan harta benda, termasuk rumahnya sendiri.

Beliau berkata, Sungai Tampin tidak dapat menampung air hujan yang begitu banyak hingga melimpah dan menyebabkan  rumah-rumah di kawasan berhampiran dinaiki air dan hubungan jalan raya dengan Gemencheh terputus.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Faizal Dalib, 35 berkata air Sungai Pengkalan yang turut melimpah menyebabkan banjir hingga paras pinggang dan beberapa buah rumah tenggelam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggota-anggota penyelamat masih berusaha memindahkan mangsa ke tempat pemindahan.

Sehingga kini, jalan raya di kawasan Sungai Pengkalan ditutup kepada kenderaan.

Tinggalkan komen anda