Laporan dan foto oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 26 Feb (Malaysiaaktif) — Api yang marak dalam kejadian hutan terbakar di Bukit Kapur berhampiran Batu Caves di sini dilaporkan semakin reda malam ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Zamri Che Din, , kebakaran semakin reda dan yang tinggal adalah bara api pada pokok-pokok yang terbakar.
Beliau berkata mesyuarat yang diadakan pada petang tadi memutuskan operasi pemantauan kebakaran akan dilakukan 24 jam selama dua hari bagi memastikan kebakaran tidak merebak.
Esok akan diadakan mesyuarat pada pukul 10.00 pagi dan dijangka beberapa keputusan hasil pemantauan akan dibuat.