Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Kejadian Di  Low Yat Bukan Ukuran Perpaduan Kaum

By 15 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd. Anuar Ibrahim & Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Malaysiaaktif) — Kejadian di Plaza Low Yatt sepatutnya tidak dijadikan ukuran perpaduan di Malaysia malah isu perselisihan kaum ini sepatutnya dihentikan kerana menggugat hubungan kaum di Malaysia sekaligus menyebabkan kerugian kepada peniaga Bukit Bintang.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, selain isu perselihsihan kaum,  isu kebersihan sekitar Bukit Bintang juga dilihat kurang memuaskan dan peniaga sekitar diharap berganding bahu mengekalkan kawasan Bukit Bintang sebagai kawasan tumpuan pelancong.

Beliau ditemui ketika merasmikan Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bukit Bintang  di Jalan Alor Bukit Bintang semalam. Program yang bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan telah menarik perhatian 3,000 warga kota.

Aktiviti Gotong-Royong dan Cegah Denggi yang bertemakan “Bebas Denggi Masyarakat Ceria” dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut diadakan bagi memberi masyarakat kesedaran tentang bahaya nyamuk Aedes.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah komuniti sukarelawan IM4U yang membersihkan iklan haram, persembahan muzik jalanan, pertunjukan pelukis jalanan, pertandingan melukis, pameran kesihatan, kaunter Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), persembahan kebudayaan tarian naga dan singa serta cabutan bertuah.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda