Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Makan Malam Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka

By 15 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Nur Hafif Zainurdin / Noraidah Mat Seh (Melaka)

ALOR GAJAH, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron semalam menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka di Dewan SRJK(C) Machap Baru.

Dalam ucapannya beliau berkata sambutan Tahun Baru Cina ini membangkitkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang menyaksikan masyarakat Melayu, Cina dan India hidup sejahtera seperti sebuah keluarga.

“Sambutan seumpama ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengumpulkan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan keturunan, tanpa sebarang pertelingkahan dalam suasana aman dan tenteram,” kata Idris.

“Sikap toleransi perpaduan dan kerjasama antara kaum memang yang diamalkan sejak dahulu lagi masih kukuh untuk membolehkan kita meraikan satu perayaan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan,” ujar Idris.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Othman Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Naim Abu Bakar.

Majlis dianjurkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Parlimen Alor Gajah dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Machap.

 

Tinggalkan komen anda