Skip to main content
HomeViral

Malaysia Airlines Nafi Kakitangan Ditahan Seludup Kura-kura

By 14 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR, 14 Feb  — Malaysia Airlines menafikan laporan media bahawa tiga lelaki yang ditahan kerana menyeludup kura-kura di lapangan terbang di Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat ialah kakitangannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata mereka yang terlibat secara langsung bukan kakitangannya dan insiden itu masih disiasat dengan terperinci.

“Syarikat tidak akan bertolak asnur dengan mana-mana kakitangan, kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang bersalah atas kesalahan jenayah dan menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata beliau.

Menurut media tempatan, tiga kakitangan Malaysia Airlines telah ditahan kerana menyeludup 30 ekor kura-kura yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat.

Mereka dikenali sebagai Samiur Rahman, 35, Jewel Ahmed, 29, dan Mizanur Rahman, 30.

— BERNAMA

 

 

Tinggalkan komen anda