Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePulau PinangViral

Koperasi Penyiar Awam (KoHOST) Dirasmikan

By 17 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Mohd Faizal Mat Akhir, Norhayani Hashim & Ariza Mohamed Zaki (Pulau Pinang)

BUTTERWORTH, 17 Feb (Malaysiaaktif) — Koperasi Penyiar Awam Pulau Pinang (KoHOST) yang ditubuhkan enam bulan lalu dirasmikan petang tadi.

Koperasi yang bertujuan membantu golongan usahawan dalam bidang Pengacaraan Majlis, ‘DJ’, pembekal alat siaraya, muzik, audio dan hiburan ini mendapat peruntukan dana sebanyak RM50,000 daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan RM30,000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi PERDA, Datuk Shahabudin Yahya di Bangunan Koperasi tersebut  di Kampung Gajah di sini.

Dalam majlis itu, Shahabudin yang juga Ahli Parlimen Kawasan Tasek Gelugor  turut mengumumkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada KoHOST.

Turut hadir pada majlis ini, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pulau Pinang, Zahari Omar.

 

Tinggalkan komen anda