Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Le Tour de Langkawi 2016 Peringkat Kangar-Baling

By 24 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan foto oleh Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 24 Feb (Malaysiaaktif) — Peringkat pertama acara perlumbaan basikal antarabangsa Le Tour de Langkawi 2016 (LTdL) peringkat Kangar – Baling bermula pagi tadi di Padang Bandaran Kangar. Ia melibatkan kayuhan sejauh 166.6 km dan tiga zon pecutan, masing-masing di Tunjang, Kuala Nerang dan Sik,Kedah.

Seawal pukul 8.00 pagi, orang ramai telah menbanjir perkarangan lokasi permulaan untuk menyaksikan perlumbaan yang paling berprestij di Asia ini.

Sempena acara tersebut turut diadakan tarian tradisional masyarakat Perlis sebagai tarikan sampingan selain sesi pengenalan para pelumba yang mengambil bahagian.

Antara nama besar yang menjadi sebutan pada LTdL 2016 ini  ialah pelumba dari Itali Andre Guardini yang menganggotai Pasukan Astana Pro Team. Beliau telah menempah kejayaan sebanyak 18 kali sejak menyertai acara ini pada 2011.

Dari Malaysia, pasukan Terengganu Cyling Team (TSG) mengemukakan pelumba muda Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, sementara pelumba berpengalaman Malaysia, Muhamad Fauzan Ahmad Luffti mengetuai Pasukan Nasional Negara.

Pelepasan pagi tadi disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad.

LTdL 2016 disertai seramai 132 pelumba dari 22 pasukan yang akan bersaing sejauh 1,100km sirkit perlumbaan.

Perlumbaan dijangka berakhir pada 2 Mac di Melaka.

 

Tinggalkan komen anda