Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Kari Ikan Periuk Tanah Pak Kob Luar Biasa Kelazatannya

By 24 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh AzimeeĀ  Abdullah & Sherul Nizam Zakaria (Georgetown)

BALIK PULAU, 24 Feb (Malaysiaaktif) — Ā Ramai yang mengatakan bahawa Pulau Pinang ‘syurga’ makanan. Mungkin ada kebenarannya memandangkan ‘Tanjong’ (nama Pulau Pinang dalam kalangan penduduk tempatan) hampir sinonim dengan Nasi Kandar, Char Kuey Teow Penang, Pasembor tulen dan ‘Kari Penang.’

Begitu tersebar ‘aura’ makanan Pulau Pinang hinggakan nama pulau ini digunakan dengan meluas bagi melariskan masakan, walaupun kadang kala tidak mempunyai rasa dan identiti ‘Tanjong’ sebenar.

Bagaimana pun, itu cerita lain untuk dikupas pada lain hari.

f6c09d73-9bed-4941-b128-39625cc7efbb

Waktu makan tenghari paling sesak di Warung Kari Ikan Pak Kob.

 

Sementara itu, bagi penggemar masakan kari ikan, kawasan Balik Pulau sejak sekian lama sudah mencipta populariti dengan kepelbagaian masakan tersebut.

Antara lokasi yang menjadi tarikan, ialah Warung Kari Ikan Periuk Tanah Pak Kob yang tidak asing lagi bagi penduduk tempatan dan orang luar yang meminati kari ikan ‘Tanjong’ sebenar.

Warung yang terletak berhampiran jeti pendaratan hasil laut di Kuala Sungai Pinang ini menyediakan masakan kari ikan segar menggunakan resipi warisan turun temurun dan dimasak menggunakan periuk tanah yang dikatakan menaikkan lagi rasa kari ikan.

Pemilik warung, Yaakub Che Mat, 51 atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Kob’ berkata warungnya dikunjungi penggemar kari ikan pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.

Pak Kob menggunakan hanya ikan segar yang ‘baru naik’ dari laut yang diperoleh daripada nelayan di jeti berhampiran. Dia menggunakan ikan ‘semilang’ (sembilang), bawal, pari dan tenggiri mengikut hasil tangkapan nelayan setiap hari.

Bagi menyediakan masakan untuk dinikmati pelanggan yang kadang kala bertali arus mengunjungi warungnya, Pak Kob memerlukan antara 70 hingga 80 kilogram ikan setiap hari.

Warung Kari Ikan Pak Kob dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari, kecuali Selasa. Waktu makan tengahari masa yang paling sesak dengan pelanggan.

Pak Kob boleh dihubungi melalui talianĀ 012-416 4445

 

Tinggalkan komen anda