Skip to main content
Home

Penyampaian Sumbangan Sempena  Tahun Baru Cina 2016

By 2 Februari 2016Februari 3rd, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Noorshazana Shaadan (Muar)

MUAR, 2 Feb (Malaysiaaktif) – JUITA yang merupakan Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Johor telah menganjurkan satu majlis penyampaian sumbangan dan bungkusan bersempena dengan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2016. Majlis  diadakan di Pusat Latihan Dalam Komuniti Nur Zaharah, Parit Jawa.

Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua JUITA, Datin Rosni Omar denganpenyampaian  sumbangan bantuan wang dan barang keperluan harian kepada seramai 60 orang penerima.

Beliau turut merasmikan Bengkel PDK Nur Zaharah Kreatif di bawah pengelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dalam ucapan perasmian, beliau berkata Bengkel PDK ini  inisiatif seiring dengan konsep masyarakat penyayang yang perlu diterapkan dalam masyarakat Johor.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong, Exco Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Johor  Hajah Asiah Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Balang, Zaiton Ismail serta barisan jawatankuasa JUITA Negeri Johor.

Seramai hampir 500 orang turut hadir.

 

Tinggalkan komen anda