Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Program Literasi Komputer Bersama Pelajar SK Merlimau 2

By 21 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

MELAKA, 21 Feb (Malaysiaaktif) — Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Merlimau, semalam mengadakan Program Khidmat Masyarakat dengan menawarkan Program Literasi Komputer bertemakan ā€˜Celik ICT Bijak Komunitiā€™ bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Merlimau 2.

Bengkel yang melibatkan 20 orang Pensyarah Politeknik dan 50 orang ahli Kelab Komputer sekolah ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran dalam penggunaan perisian komputer serta teknologi Internet masa kini dalam pembelajaran.

 

20160221233218

 

“Pelajar amat positif dan menunjukkan minat dan kemahuan untuk belajar danĀ  kreativiti mereka dapat dicungkil di dalam bengkel ini,” ujar Pengarah Program, Zareena Rosli.

Tambah beliau, ini merupakan Khidmat Masyarakat pertama dilakukan tahun ini dan dalam program seterusnya mereka akan berpandukan penerimaan positif pelajar dan guru-guru sekolah.

Menurut Fasilitator program, Mohd Zaidil Adha Mat Hussin, peserta berasa sungguh seronok belajar Microsoft Excel untuk mengira perbelanjaan harian dan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan persembahan yang menarik.

 

Tinggalkan komen anda