Skip to main content
Berita TempatanSabah

Masyarakat Harus Tapis Maklumat Demi Keselamatan Negara – Aziz

By 21 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Wenny Di Tian Soh (Sabah)

KENINGAU, SABAH, 21 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah, Aziz Abdul Karim mengajak masyarakat lebih mengutamakan keamanan dan keselamatan Negara dengan tidak terpengaruh maklumat yang tidak benar tersebar di Media Sosial hari ini.

Aziz, berkata keselamatan Negara bukan hanya terletak di bahu kerajaan sahaja malah setiap lapisan masyarakat perlu jadi telinga dan mata kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat supaya masalah segera diselesaikan.

“Masyarakat perlu siasat, kaji dan tapis dahulu maklumat diterima sebelum percaya dengan apa yang disebarkan.

“penyebaran maklumat tidak tepat, palsu dan tidak sahih sehingga viral di laman sosial seperti wassup, facebook dan sebagainya membawa kesan negatif kepada pembentukan masyarakat bersatu hari ini,” Katanya ketika merasmikan Program Bersamamu Sabah di Dewan Kg.Membulu disini kelmarin.

Ujarnya lagi, “Kemerdekaan lebih 50 tahun ini seharusnya memiliki masyarakat bersatu, matang tetapi kecenderungan percaya maklumat palsu menyukarkan kemerdekaan dipertahankan kerana belia dan masyarakatnya saling bermusuhan,”.

Beliau turut menyampaikan bantuan sumbangan ‘Touch Point’ kepada penduduk kg.Membulu iaitu kategori Ibu Tunggal warga emas Maining Tipuon dan Hamirah Basinau, katogeri individu kelainan upaya (OKU) iaitu Lucy gim, Audry natasya dan Amirul yulidi.

Turut hadir Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Muhd Arif Kamunri; Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Keningau, Maharidznan Mat; Ketua Kampung Membulu, Saharif Lunsoi; Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Aripin Tandukan dan penduduk kampung.

Tinggalkan komen anda