Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabahViral

Program SL1M Tawar 3000 Peluang Pekerjaan

By 16 Februari 2016Februari 17th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Asmidar Zainol & Volintine S.Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 16  Feb (Malaysiaaktif) –?  Sebanyak tiga ribu jawatan kosong dan peluang latihan pekerjaan ditawarkan di bawah Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat  ke-2 Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam ucapannya berkata melalui program seumpana ini, ia dapat membantu rakyat meningkatkan daya saing bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dan seterusnya merangsang ekonomi di samping memberi kesan positif kepada pembangunan keseluruhan negeri Sabah.

Katanya, “Kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai program kepada golongan belia bagi memastikan mereka berpeluang mendapat pekerjaan.”

Beliau berkata, usaha tersebut juga harus mendapat kerjasama sektor swasta dalam SL1M bagi mengenalpasti calon berpontensi sebagai pekerja berkualiti berdasarkan pasaran pekerjaan semasa.

Tambahnya lagi, “Kerajaan Sabah telah mengeluarkan peruntukan besar bagi pembangunan negeri termasuk menambahbaik kawasan-kawasan yang dikenalpasti, terutamanya dalam  penyediaan jalan asas bagi menghubungkan kawasan kampung dan bandar. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pelaburan dan memberi impak positif kepada ekonomi negeri serta membuka peluang perkerjaan kepada rakyat Sabah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahamat Bivi Yusoff berkata kerajaan berkerjasama dengan  semua pihak untuk membantu membentuk bakat muda negara menjadi modal insan cemerlang serta membawa kemajuan negara ke satu tahap lebih tinggi.

Program kali kedua dianjurkan itu menerima 43 penyertaan dari syarikat swasta serta GLC dan dihadiri seramai 2,500 graduan.

 

Jane Polus Masundang berkata program SL1M amat dinantikan.

 

Peserta, Jane Polus Masundang, 27, dari Tenom berkata program SL1M amat dinantikan selepas diberhentikan majikan pada Disember lepas. Berkelulusan Ijazah Sumber Manusia, beliau berharap SL1M akan menjadi platform untuk mendapat perkerjaan.

Bagi Hetly Bohon, 32, dari Nabawan, peluang melalui SL1M diharap dapat membantunya untuk menimba pengalaman berkerja. Menurutnya, “Sekiranya dipilih untuk menyertai SL1M, ia akan membantu saya meningkatkan kemahiran dan menambah pengalaman berkerja serta dapat membantu para graduan seperti saya.”

Turut ditemui, Pengarah Urusan Talent Suites, Puteri Nor Hamidar Megat Salleh yang menyarankan para graduan bersedia dari segi mental dan fizikal, menyediakan resume yang lengkap, berkertampilan, dan yakin apabila berkomunikasi.

 

8

Graduan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, menyediakan resume lengkap, berkertampilan, dan yakin bila berkomunikasi – Puteri Nor Hamidar Megat Salleh.

 

 

Tinggalkan komen anda