Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

MB Mahu Kekal Semua 9 Barisan Exco Kedah

By 19 Februari 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR 19 Feb — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berhasrat mengekalkan kesemua sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Isnin ini walaupun pada masa yang sama beliau menerima tekanan daripada penyokong kuatnya supaya membuat satu dua perubahan.

Antara nama yang mendapat sokongan untuk dipertimbangkan ke jawatan exco ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin dan ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Ali Yahaya.

Ahmad pernah menyandang jawatan exco di bawah pentadbiran Datuk Seri Syed Razak Syed Zain pada tahun 1999.

Menurut mStar yang memetik sumber UMNO Kedah, bagaimanapun sehingga pukul 5.30 petang Khamis, Ahmad Bashah yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah ingin terus mengekalkan kesemua muka lama dalam barisan exco.

Majlis mengangkat sumpah anggota-anggota exco telah dijadualkan untuk berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Isnin ini.

“Setakat ini menteri besar hendak mengekalkan dahulu barisan exco yang dah dilantik di bawah pentadbiran yang lalu, mungkin portfolio sahaja yang akan berubah,” jelas sumber tersebut.

Difahamkan juga Ahmad Bashah menerima tekanan untuk menguggurkan sekurang-kurangnya tiga orang anggota exco iaitu Datuk Norsabrina Mohd Noor, Datuk Aminuddin Omar dan Datuk Suraya Yaacob – ketiga-tiganya dilihat sebagai penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Akhbar tersebut difahamkan, Ahmad Bashah enggan menguggurkan Suraya kerana beliau juga adalah anggota exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia dan mempunyai penyokong yang besar dari kalangan sayap wanita manakala Norsabrina pula adalah ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah yang juga mempunyai pengaruh yang besar di kalangan anggota-anggota Puteri.

Senarai Exco Kedah bersama portfolio di bawah pentadbiran Mukhriz adalah seperti berikut:

> Datuk Tajul Urus Mat Zain; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan

> Datuk Badrol Hisham Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan.

> Datuk Mohd Rawi Abd Hamid; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya.

> Datuk Norsabrina Mohd Noor; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia.

> Datuk Aminuddin Omar; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan.

> Datuk Dr Leong Yong Kong; Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, Kesihatan dan Perpaduan.

> Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.

> Datuk Suraya Yaacob; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat.

> Datuk Mohd Tajuddin Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa  Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.

Nota: Pengerusi bagi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri pula disandang oleh Mukhriz sebagai menteri besar ketika itu.

 

-ms

Tinggalkan komen anda