Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sambutan Tahun Baru Cina K1M Kg Baru Sungai Udang Meriah

By 19 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M Zakri Chan (Melaka)

 MELAKA, 19 Feb (Malaysiaaktif) — Walaupun masuk hari kesepuluh perayaan Tahun Baru Cina disambut, kemeriahannya masih dirasai dengan penganjuran Majlis Makan Malam dan Sumbangan angpau kepada Warga Emas dan Ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Baru Sungai Udang.

Ini terbukti dengan kehadiran hampir 300 orang ahli K1M malam tadi. Lebih manis apabila makan malam tersebut turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri walaupun hujan pada awal majlis.

 

20160219194948 (1)

 

“Program malam ini amat berjaya dan meriah dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka dan ia memperlihatkan bahawa sokongan masyarakat Cina makin kukuh dibawah kepimpinan beliau,” ujar Pengerusi K1M Kampung Baru, Te Yong.

Selepas makan malam, Idris bersama wakil khas Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Pengarah Penerangan Melaka, Lim Ann Teck mengagihkan ‘angpau’ dan sumbangan peribadi kepada tetamu, termasuk ahli-ahli jawatankuasa K1M.

 

Tinggalkan komen anda