Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

130,000 benih ikan lampam dilepaskan di Empangan Kubang Rusa

By 17 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Norhayati Bt Shamsu Anuar Kuala Pilah, 16 Mac (Malaysiaaktif) – 130,000 benih ikan lampam dilepaskan di Empangan Kubang Rusa oleh Pejabat Perikanan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan saliran serta Jawatankuasa Kampung Sawah Lebar.

Benih-benih ikan ini diharap dapat meningkatkan sumber protein kepada penduduk tempatan kelak.

Masyarakat tempatan terutama dari Kampung Sawah Lebar menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan untuk meningkatkan sumber protein iaitu ikan kepada masyarakat setempat.

Menurut Tuan Hj Ali Bin Abd Rahman Pengerusi jawatankuasa Kampung Sawah Lebar, usaha ini juga di harap dapat mengurangkan kos sara hidup serta dapat menambahkan pendapatan penduduk setempat.

Exco kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senaling, Encik Ismail bin Lasim turut hadir semasa pelepasan ikan ini di lakukan.

Setiap tahun jabatan pengairan dan saliran akan memberikan ruang kepada masyarakat di sini menangkap ikan secara percuma.

Tinggalkan komen anda