Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pencapaian Keputusan SPM Baling/Sik Meningkat

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Siti Yusmila Yusof (Baling)

BALING, 3 Mac (Malaysiaaktif) — Seramai 18 orang daripada 3,481 calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran bagi Daerah Baling Sik.  Ini menunjukkan peningkatan berbanding 2014, iaitu hanya 10 orang.

Menurut Setiausaha Peperiksaan SPM (SMK Baling), Zubirroh Zulkofli, sejumlah sembilan buah sekolah memperoleh peratus kelulusan melebihi  50% dengan didahului oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, 98.11%.

 

20160303001551

 

Pelajar dari Sekolah Menengah Agama Sik, Siti Hajar Binti Abdullah memperoleh 12A dan Aishah Shahirah Binti Mohamad Shuhaimi memperoleh 11A. Sementara itu, seramai empat pelajar Cina memperoleh 11A di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera Baling.

Keputusan cemerlang SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil menyaksikan dua  pelajar India memperoleh keputusan 10A. Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Baling pula seramai lima pelajar mendapat keputusan cemerlang, iaitu tiga dari masyarakat berketurunan Siam yang memperoleh 9A dan dua pelajar Melayu dengan 11A dan 9A.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling pula seramai tiga orang memperoleh 11A.

Tinjauan Malaysiaaktif  di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling pagi tadi mendapati  melihat pelbagai reaksi calon selepas memperoleh keputusan peperiksaan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, Haji Omar Muhamad ketika ditemui  melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang diperoleh oleh pelajar-pelajar sekolahnya.

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 bagi daerah Baling Sik meningkat sebanyak 1.09% iaitu 43.06% berbanding  41.97% bagi tahun 2014.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda