Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bolasepak: Perlis FA Lawan Kuantan FC

By 1 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan / Foto Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 29 Feb (Malaysiaaktif ) — Perlis, Pasukan Bolasepak Perlis FA mencatatkan kemenangan tipis 1.0 menewaskan Kuantan FC dalam saingan Liga Premier malam tadi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Pada minit awal permainan di separuh masa pertama,Kuantan FC mengasak kubu Perlis dengan gerakan-gerakan berbahaya yang di rencanakan oleh permain import mereka, Dao Bakary.

Serangan berbahaya Perlis hadir di minit ke 29 ,gerakan Mohamadou Sumareh  dari sebelah kiri padang ke dalam kawasan kotak lawan  tetapi di patahkan oleh Ljubo Baranin,tunjang pertahanan Kuantan FC.

Separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 0- 0

Bersambung di separuh masa kedua,pasukan Perlis telah membuat pertukaran membawa keluar permain pertahanan,Mohd Izuan Jarudin dan membawa masuk Azmizi Azmi untuk memantapkan lagi barisan pertahanan Perlis.

Gol yang di nantikan oleh pasukan Perlis hadir di minit ke 74,hasil gerakan Mohamadou Sumareh dari sebelah kiri padang pasukan Kuantan FC di tanduk kemas oleh Vincent Kayne pemain import berbisa pasukan Perlis.

Gol tersebut ternyata memberi keceriaan kepada empat ribu orang  penonton  yang hadir pada malam tadi.

Perlis sepatutnya memperolehi gol kedua dari Edward Wilson pada minit ke 80 permainan tetapi di halang oleh permain pertahanan pasukan Kuantan FC.

Pada minit-minit akhir permainan,Perlis memasukan Saadam Hussien untuk memantapkan lagi permainan dan mengeluarkan Sumardi Hajalan yang tercedera.

Keputusan tersebut berakhir sehingga wisel penamat yang di adili oleh Mohammad Jeffri Zolkefli selaku pengadil di malam itu dan melonjakan pasukan Perlis di tempat ketiga liga dengan pungutan tiga mata.

Dollah Salleh yang di temui selepas perlawanan tersebut berkata,beliau berpuas hati dengan tahap permainan pasukan Perlis dan berharap mereka dapat mengekalkan pretasi ini untuk menerima kunjungan  Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA Sabtu ini.

 

Tinggalkan komen anda