Skip to main content
Berita TimurHomeTerengganu

Itu Hak Beliau, Kata Menteri Besar Terengganu

By 1 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Nabilahaisah Tawang (Malaysiaaktif)

KUALA TERENGGANU, 1 Mac (Malaysiaaktif) — Keputusan buat kali kedua untuk keluar parti oleh Tun Dato’ Sri Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai kebebasan dan hak beliau untuk membuat sebarang keputusan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT), semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  berkata tindakan keluar parti itu menjadi hak dan pilihan Tun Mahathir  yang tidak perlu dipertikaikan.

“Perkara penting yang perlu kita lakukan adalah memberi kepercayaan dan menyokong pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti”, katanya ketika mengulas keputusan Tun Mahathir keluar daripada Umno buat kali kedua.

Sebelum ini, Tun Mahathir yang juga bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia pernah keluar parti pada tahun 2008 dan menyertai semula Umno pada April 2009.

Daripada mendengar kritikan-kritikan yang tidak berasas, Perdana Menteri seharusnya meneruskan legasi pemerintahan dengan terus memandang ke hadapan seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah terdahulu.

“Kita yang berada di bawah naungan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak perlu mempertahankan presiden parti dan pemimpin Negara”,katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Saya yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) tetap meneruskan agenda bagi kepentingan ahli parti dan rakyat seperti biasa”, jelasnya.

Ahmad Razif juga menegaskan bahawa Terengganu teguh menyokong dan mendokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda