Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Persatuan Belia Perlu Latih Pemimpin Pelapis

By 31 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ahmad Farid Abu Dzarim

ALOR GAJAH, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan belia di daerah ini disaran bersedia untuk melatih pemimpin pelapis selaras dengan kehendak Dasar Belia Malaysia (DBM) yang mengusulkan pindaan takrifan umur belia kepada 15 hingga 30 tahun, seiring dengan keperluan semasa belia menjelang tahun 2018.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, perubahan had umur asal belia iaitu 15 hingga 40 tahun itu bertujuan memberi peluang kepada generasi berumur bawah 30 tahun menerajui pimpinan sejajar perkembangan transformasi negara.

“Persatuan belia di daerah seharusnya bersedia menyediakan pemimpin pelapis,” kata Mas Ermieyati.

Tambahnya, pemimpin sedia ada tidak seharusnya merasakan diri mereka tidak diperlukan sebaliknya terus membantu persatuan belia dalam merangka program-program terutama dalam menambah baik ekonomi golongan itu di daerah ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah hadir di Majlis Perundingan Belia Masjid Tanah yang telah dirasmikan oleh Tuan Daud bin Hassan, Pegawai Daerah Alor Gajah lewat petang semalam.

Tinggalkan komen anda