Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelaka

Elaun Bulanan RM300 Untuk Nelayan di Melaka

By 4 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Md. Muhaimin Amran (Melaka)

MELAKA, 4 Mac (Malaysiaaktif) — Seramai 1,334 orang nelayan berdaftar di negeri Melaka akan mendapat bayaran RM300 sebulan bagi membantu meringankan beban berikutan peningkatan kos sara hidup dan kos bahan api.

Menurut Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hasan Abdul Rahman, pada 2015 jumlah hasil akuakultur meningkat  sebanyak 12.5 peratus, iaitu 8,827 tan metrik, sementara pada 2014 hanya  7,433 tan metrik.

Sementara itu, nilai pengeluaran pula meningkat dengan ketara daripada RM30.90 juta pada 2014 kepada RM35.73 juta pada 2015, iaitu peningkatan sebanyak 9.61 peratus.

 

20160303233155

 

Hasan selanjutnya berkata di atas kesedaran terhadap kandungan protin yang tinggi dalam ikan air tawar, beberapa langkah diambil bagi mengelakkan sumber tersebut mengalami kemerosotan. Antara pendekata termasuk mewartakan kawasan larangan menangkap ikan dengan cara melabuhkan sebanyak 42 unit tukun tiruan dasar lembut di perairan Pulau Besar.

“Jabatan Perikanan juga mengambil inisiatif melabuhkan 20 unit tukun rekreasi di Pulau Undun bagi tujuan pembiakan terumbu karang yang banyak di pulau tersebut,” ujarnya.

Berikutan permintaan terhadap ikan air tawar yang semakin meningkat, beberapa kawasan dilihat berpotensi dimajukan untuk perusahaan akuakultur, seperti kolam, tasik, bekas lombong, empangan, tangki, muara sungai dan laut.

“Spesies ikan air tawar yang boleh diternak secara akuakultur ialah tilapia, keli, puyu, patin dan udang galah, manakala spesies ikan air payau dan laut, termasuk kerapu, siakap, jenahak dan siput sudu,” ujarnya pagi tadi dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai.

Tinggalkan komen anda