Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sokongan Ibu Bapa Perlu Untuk Tingkat Kecemerlangan Tadika

By 4 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Fadzli bin Mohammed Amir (Port Dickson)

PORT DICKSON, 4 Mac (Malaysiaaktif) —  Tadika KEMAS Kampung  Jimah Baru semalam mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bagi melantik jawatankuasa baru sesi 2016, selain membincangkan perkara berbangkit berkaitan infrastruktur dan keperluan tadika.

Menurut Pengerusinya, Fadhilah Abd Razak, walaupun tadika tersebut mempunyai seramai 75 orang pelajar yang dibahagikan kepada kelas A, B dan C, manakala guru seramai tiga orang, namun isu timbul apabila ia sudah tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin ramai dalam premis yang terhad keluasannya.

EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar yang hadir merasmikan Mesyuarat Agong tersebut berkata ibu bapa seharusnya memberikan kerjasama, sokongan dan pandangan kepada guru. Ini menurut beliau dapat membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak yang bakal menjadi pelapis negara.

Tambah beliau, segala permasalahan yang dibangkitkan perlu dibawa ke dalam mesyuarat dan direkodkan kerana beliau akan memberikan sokongan demi kemajuan tadika.

Tun Hairudin juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000.00  kepada pihak pengurusan tadika .

 

Tinggalkan komen anda