Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2016

By 2 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M Zakri Chan & Mohd Noor Samion (Melaka)

MELAKA, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2016 yang berlangsung bermula 1 Mac lalu hingga 3 Mac 2016 merupakan penganjuran kali kedua oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Festival yang dijangka mampu menarik sehingga 1,500 pengunjung ini merupakan salah satu acara rasmi yang telah digazetkan dalam kalendar Pelancongan Negeri Melaka dan Malaysia serta diiktiraf sebagai acara rasmi tahunan terbesar di dunia yang disertai oleh pelayang-pelayang tempatan dan antarabangsa seluruh dunia.

 

AsWC9pQmmHcIPOoRwSIn9kbV3w19QpD_Vwhi_qhUhtjc

 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron merasmikan festival tersebut yang menghimpunkan lebih 250 orang peserta dari 35 buah negara termasuk Rusia, Korea Selatan dan Wales di Dataran 1Malaysia Klebang, di sini.

Jelas Idris, tujuan penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka 2016 ini adalah bagi mempromosikan sub sektor Pelancongan dan Rekreasi Negeri Melaka melalui layang-layang yang merupakan permainan global antaranya termasuklah di England, Brazil, Australia, Indonesia dan Poland.

Selain itu, festival ini diharap dapat mencapai hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk menarik kehadiran kira-kira 16.5 juta pelancong pada tahun ini.

Tambahnya lagi, beliau berharap peserta-peserta luar negara yang hadir pada estival ini dapat membantu Kerajaan Negeri dalam mempromosi Melaka setelah pulang ke negara masing-masing.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda