Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jamuan Teh Rakyat Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Krisha Selladurai  (Pontian)

PONTIAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) — Istiadat sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Peringkat Daerah Pontian berlangsung di Dewan Jubli Intan di sini pagi tadi.

Istiadat membaharui ikrar taat setia yang diadakan serentak di setiap daerah diketuai oleh pegawai daerah masing- masing. Di Daerah Pontian, ia disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian, Kamarudin Abdullah.

Sempena sambutan, pelbagai acara turut diadakan, termasuk persembahan kawat kaki oleh Pasukan Kehormatan. Di dalam dewan pula berlangsung Doa Kesyukuran Hari Keputeraan yang dipimpin oleh Kadi Daerah Pontian, Mohd Taufik Shamsuddin dengan diiringi dua imam Masjid Bandar Pontian.

Dalam titah sultan yang dibacakan oleh Kamaruddin, baginda antara lain berkata majlis jamuan teh yang diadakan setiap tahun sempena Hari Keputeraan akan diteruskan. Baginda berharap rakyat akan hadir beramai-ramai pada majlis yang akan diadakan hari ini dari pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang.

 

Tinggalkan komen anda