Oleh Malini Md Yunos (Port Dickson)
PORT DICKSON, 26 Mac (Malaysiaaktif) — Perarakan masuk kereta kawalan TAMIYA membawa bola sebagai simbolik perasmian karnival JOM FIT mendapat sorakan dan tepukan gemuruh tetamu yg hadir sempena karnival JOM FIT anjuran Kolej Uniti bersama kumpulan Media Karangkraf dirasmikan oleh Haji Abdul Rahman Reza, Wakil Rakyat Kawasan Linggi
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula semalam menyediakan pelbagai acara menarik seperti jualan buku-buku novel , majalah terbitan Karangkraf, pertandingan kereta kawalan Tamiya, Bicara Belia dan forum agama dari ikon selebriti seperti PU Azman dan Ustaz Bollywood dan zumba fit anjuran KBS.Turut diadakan juga persembahan khas artis Waris yang menggamatkan lagi suasana karnival.
Menurut Hashim Anang, Pengurus Tugas-Tugas Khas Media Karangkraf program berkonsep karnival seperti ini amat baik dalam memupuk para mahasiswa/i dalam amalan membaca buku dan terkini jika para pelajar memerlukan diskaun terhadap buku-buku karangkraf penganjur boleh menghubungi pihak media karangkraf dan mereka akan menghantar sebuah lori diberi gelaran “Book 2 You” untuk mendapatkan buku dengan potongan harga menarik.
Sempena majlis ini juga Media Karangkraf telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Perpustakaan Kolej Uniti dan sumbangan buku kepada 5 buah sekolah menengah dan 5 buah sekolah rendah yang terpilih di dalam DUN Linggi.