Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pantai Cahaya Negeri (PCN) Festival 2016 Tarikan Baru Di Port Dickson

By 26 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Malini Md Yunos (Port Dickson)

PORT DICKSON, 26 Mac (Malaysiaaktif) — Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan telah melancarkan Pantai Cahaya Negeri (PCN) Festival 2016 hari  ini sebagai satu lagi tarikan menarik di Port Dickson.

Menurut YDP MPPD, Datuk’ Ab Khalid bin Mat program festival seperti ini sebagai langkah memperkenalkan PCN kepada orang ramai selepas ia siap dinaiktaraf awal tahun ini. Pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan riadah keluarga dan santai bakal diadakan pada minggu ke empat setiap bulan bagi menggalakkan lagi kehadiran pengunjung ke PD. Selain itu terdapat juga menara tinjau di Pulau Burung di mana pengunjung boleh berjalan kaki  menggunakan jambatan khas merentas ke pulau burung sambil menikmati pemandangan laut yang indah terutama ketika senja.

 

IMG-20160326-WA0097

 

Sempena majlis ini juga diadakan pelancaran gimik “Food Truck ” yang bakal menjadi daya penarik di PCN. Program yang berlangsung  sejak jam 10 pagi turut diserikan dengan pengisian aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan karaoke terbuka,  senam seni Zumba, persembahan kebudayaan dan live band.

Turut bersama dalam majlis pelancaran ini Tuan Haji Jamaluddin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Ahli Majlis MPPD dan ketua jabatan peringkat daerah.

Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Suhana, 35 tahun merasa gembira apabila PCN dibuka  secara rasmi kepada orang ramai dan memudahkan masyarakat beriadah dan bersantai bersama keluarga. Beliau berkata aktiviti bermain kasut roda oleh anak kecil dan belia  menjadi trend di PCN sekarang ini dan berharap semua pihak menyokong usaha MPPD mempromosikan pantai di PD dan mengharapkan pengunjung menjaga kebersihan demi memelihara keindahan pantai.

Tinggalkan komen anda