Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Komuniti 1Malaysia Perkasa Usahawan IKS

By 5 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh M Zakri Chan (Melaka)

Melaka, 5 Mac (Malaysiaaktif)  – Komuniti 1Malaysia (K1M) adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia yang mengorak langkah kehadapan dengan mewujudkan ‘data base’ usahawan-usahawan Industri Kecil dan sederhana (IKS) di bawah Produk K1M dengan membantu ahli-ahli komuniti yang telah atau yang berminat menceburikan diri dalam bidang perniagaan.

Jika sebelum ini K1M hanya memfokuskan kepada program kemasyarakatan namun dilihat ramai usahawan-usahawan yang bergiat aktif dalam kerja sukarelawan dalam K1M, maka dengan ini Jabatan Penerangan mengambil inisiatif untuk membantu dalam mempromosikan produk mereka bukan sahaja dalam ‘data base’ yang akan diwujudkan malah mengadakan kursus-kursus keusahawanan dan juga membuka peluang perniagaan di tapak-tapak karnival anjuran jabatan serta agensi lain.

Pegawai dari Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Malaysia, Faizal Ahmad yang turut serta dalam lawatan ke premis usahawan K1M amat teruja melihat produk yang dihasilkan antaranya Cencaluk, Belacan, Gula Melaka, Dodol, Inang-Inang dan banyak lagi.

“PKPM akan membantu sedaya upaya terutama dalam mempromosikan produk-produk IKS khasnya yang produk yang dihasilkan sendiri oleh ahli-ahli K1M dengan matlamat usahawan dapat membuka kedai atau kiosk untuk produk jenama K1M dipasaran,”katanya petang tadi..

Usahawan IKS K1M Klebang, Sadik Ali 56, melahirkan rasa bersyukur dengan bantuan oleh Jabatan Penerangan melalui K1M dan akan bersama-sama bekerjasama dalam menjayakan hasrat jabatan dan juga kerajaan dalam menghasilkan usahawan yang berdaya saing dan mampu meraih pendapatan lumayan.

 

Tinggalkan komen anda