Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaRencana & PendapatViral

Melaka Selaras Kadar Upah Nikah Bermula Jun

By 17 Mac 2016Mac 20th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Bermula 1 Jun ini, kadar upah nikah bagi jurunikah, wali hakim dan mas kahwin bagi semua masjid seluruh Melaka diselaras menggunakan kadar yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Hj Mohamad Salleh Ismail, JAIM telah membuat kaji selidik tentang perkara tersebut kerana kadar bayaran upah nikah di masjid-masjid negeri ini adalah sangat berbeza.

Upah nikah wali hakim dinaikkan daripada RM50.00 kepada RM100.00 manakala upah nikah pegawai syarak dinaikkan daripada RM100.00 kepada RM150.00. Mas kahwin minimum bagi seluruh negeri Melaka pula dinaikkan daripada RM40.00 kepada RM100.00.

 

mas-kahwin2

 

Menurut penjawat awam, Mohd Ismail Mansor, walaupun kadar kenaikan mas kahwin dinaikkan sebanyak RM60.00 namun kadar tersebut masih rendah berbanding kadar mas kahwin di Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

Namun, ada juga rakyat yang tidak bersetuju dengan kadar kenaikan mas kahwin ini.

“Saya menyokong jika kerajaan negeri menetapkan untuk menaikkan upah nikah wali hakim dan pegawai syarak namun tidak menyokong dengan kenaikan kadar mas kahwin kerana jika mengikut hukum dengan pemberian Al-Quran sahaja pun sudah memadai,” ujar penjawat awam, Amran Abdullah.

 

Tinggalkan komen anda