Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia 2016 Negeri Melaka

By 17 Mac 2016Mac 21st, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Gambar Dari facebook Datuk Lai Meng Chong

Oleh Khairunnisa Binti Abd Rahman JASIN, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2016 Peringkat Negeri Melaka terima sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 200 orang pengunjung di Huat Lai Resources Berhad pagi tadi.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melakaa dengan kerjasama Huat Lai Resources Berhad ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengusaha ladang ternakan dan pengguna tentang bahaya dan risiko penggunaan antibiotik secara tidak beretika terhadap haiwan ternakan.

EXCO Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Lai Meng Chong menyeru pengusaha-pengusaha ladang ternakan khususnya di Melaka yang menggunakan antibiotik terhadap haiwan ternakan agar mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Untuk merealisasikan matlamat ‘Makanan Harian Bebas Antibiotik’ menjelang 2020 seperti yang disebut oleh Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Selasa, Lai berharap pengusaha-pengusaha ladang ternakan di Melaka berusaha mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan antibiotik terhadap haiwan ternakan agar hasil ternakan mereka 100% organik dan selamat.

Lai turut membuat lawatan ke pusat penyembelihan daging ayam dan kilang pemprosesan daging ayam di sini sebelum merasmikan program tersebut.

Tinggalkan komen anda