Skip to main content
HomeViral

Nasi Lemak Antara 10 Sarapan Paling Sihat Di Dunia

By 22 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Malaysiaaktif) — Majalah antarabangsa TIME meletakkan nasi lemak antara 10 sarapan paling sihat di dunia.

TIME menjelaskan sarapan amat penting bagi kesihatan seseorang kerana selepas tidur selama enam jam lebih tubuh kita memerlukan nutrien (zat) bagi menjana tenaga melalui proses metabolisme untuk kembali kepada kapasiti tenaga secukupnya.

Bagaimana pun, majalah itu berpendapat orang Amerika hanya mengutamakan sarapa bijirin, jus, bakon, telur goreng dan cheese yang hanya menawarkan kapasiti tenaga terhad (selain memanjangkan isu berhubung kolestrol dalam tubuh).

TIME seterusnya berkata walaupun banyak negara lain tidak berkongsi kemewahan bijirin seperti yang dimakan oleh orang Amerika, namun kebanyakan menu sarapan mereka menawarkan pilihan lebih sesuai dan sihat. Majalah itu seterusnya menyenaraikan inspirasi sarapan dari 10 negara yang lazat dan penuh nutrien.

Antara senarai itu, ialah nasi lemak Malaysia.

 

 

Tinggalkan komen anda