Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Nasi Lemak ‘Drive-Thru’ Trend Terkini

By 2 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Konsep ‘drive-thru’ atau pandu lalu kini bukan sahaja diguna pakai oleh restoran makanan segera berjenama antarabangsa, malah konsep ini semakin menjadi tren dalam kalangan peniaga muda seperti penjual nasi lemak.

Mohd. Shaheer Zaqwan Zainuddin, 24, merupakan salah satu peniaga muda yang menggunakan konsep pandu lalu tersebut dan hasilnya, perniagaan nasi lemak yang menggunakan resepi ibunya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

 

AlBH6GLTgmQcPo09yoJOt1aT99wfUVsVwrBDJi2TS3-u

 

Zaqwan, yang membuka gerai di hadapan Melaka International Bowling Centre (MIBC), hanya menumpukan kepada dua produk sahaja iaitu kopi ‘o dan nasi lemak yang berharga RM1.00 setiap satu.

“Pada hari pertama saya berniaga, saya hanya menjual 20 bungkus sahaja namun atas permintaan pelanggan saya menambah jumlahnya sehingga 200 bungkus,” ujar Zaqwan yang baru lapan hari berniaga di situ sementara menunggu panggilan temu duga di Jabatan Kerajaan.

Menurutnya lagi, pelanggan yang tidak putus membeli menyebabkan adakalanya jualan telah habis terjual dalam masa tidak sampai sejam perniagaan dibuka.

Kebanyakan pelanggannya merupakan pekerja di pejabat-pejabat berhampiran Melaka International Trade Centre (MITC) yang dikelilingi bangunan pejabat kerajaan negeri dan persekutuan serta pasaraya dan taman perumahan di sekitarnya.

 

Tinggalkan komen anda