Skip to main content
Berita SelatanEkonomiHomeMelakaViral

Harga RON95/RON97 Turun: Apa Kata Pengguna 

By 1 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M Zakri Chan (Melaka)

MELAKA 1 Mac (Malaysiaaktif) — Hari ini harga runcit petro RON95 turun 15sen kepada RM1.60  dan RON97 turun 10sen kepada RM 1.95.

Sehubungan itu ramai dalam kalangan rakyat mempersoakan sama ada ia juga mempengaruhi harga barangan harian di Malaysia. Malaysiaaktif membuat tinjauan.

 

20160301021151

Kurang kos untuk ke tempat kerja…

 

Bagi Ismael Manan, 30, yang mengguna kereta penurunan harga RON95 pasti  mengurangkan kos pengangkutan bulanannya untuk ke tempat kerja setiap hari. Bagaimana pun, dia berpendapat penurunan tersebut tidak selaras dengan harga keperluan harian yang semakin naik.

Dia berharap kerajaan memantau kenaikan barangan keperluan supaya tidak membebankan rakyat.

 

20160301021535

Tiada makna jika sara hidup naik.

 

Yoke Lee, 28, yang bekerja di Kuala Lumpur dan setiap minggu pulang ke Melaka pula berpendapat apa yang berlaku pasti memberikan impak besar kepada kos pengangkutan. Namun demikian dia menganggap ia tidak bermakna jika kos sara hidup terus meningkat, terutama di Kuala Lumpur.

Maklum balas daripada kedua-dua mereka rata-rata mencerminkan sentimen ramai bahawa penurunan harga RON95 dan RON97 tidak memberikan kesan positif kepada isu utama majoriti rakyat bawahan dan pertengahan, iaitu kos sara hidup kerana harga barangan keperluan harian terus naik.

 

Tinggalkan komen anda