Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

OKU Sebatang Kara Terima Rumah Baharu

By 11 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azimee Abdullah (Balik Pulau)

BALIK PULAU, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah kehidupan seorang warga emas orang kurang upaya (OKU), Abdul Aziz Jusoh, 61 tahun.

Hidup sebatang kara, Abdul Aziz yang menyara hidup dengan mengutip ulam ulaman dan membuat kerja kampung tidak menyangka impiannya untuk memiliki rumah selesa dan dilengkapi perabot baru akhirnya tercapai.

Abdul Aziz diumumkan sebagai salah seorang daripada empat penerima bantuan Projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pulau Pinang menerusi majlis kesyukuran projek itu di Kampung Sungai Pinang pada Khamis,.

Menurut Abdul Aziz, sebelum memiliki rumah baharu yang dibina oleh TNB itu, rumahnya yang sedia ada sudah terlalu uzur dan dibimbangi akan roboh jika berlaku angin kencang.

Sementara itu, Ketua Jurutera TNB Pulau Pinang, Ismail Lafhifi Teh berkata projek ini merupakan agihan semula wang zakat TNB di setiap negeri untuk membantu golongan kurang berkemampuan, terutama dalam membaik pulih rumah mereka.

Tambahnya, rumah baharu berserta perabot lengkap ini bernilai kira-kira RM50,000.

Di majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan makanan kepada beberapa orang yang kurang berkemampuan.

 

Tinggalkan komen anda