Skip to main content
HomeViral

“Doodling” Tarik Perhatian Pengunjung MSMW 2016

By 11 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde (Cyberjaya)

CYBERJAYA, 11 Mar (MalaysiaAktif) – Lukisan doodling kreatif menarik perhatian pengunjung Minggu Media Sosial 2016 yang berlangsung sepanjang 5 hari bermula 7 Mac lepas, di kampus Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Pelukis Kendrick Ng, 27 menghasilkan beberapa lukisan doodle yang merangkumi rumusan pembentangan dari setiap panel.

Kendrick berkata dia mula bergiat dalam seni lukis doodle sejak 10 tahun lalu. Ceritanya bermula ketika dia sering mempraktikan hobi itu ke atas cawan di kafe Starbucks dengan tujuan menceriakan pekerja.

 

Screenshot_2016-03-11-17-13-49_com.twitter.android_1457688809122

 

Dari situ orang ramai mula mengenalinya, terutama dari luar negara dan ini terus mendorongnya untuk terus berada dalam bidang tersebut.

Ketika ditemui, Kendrick baharu selesai menyiapkan lukisan doodling bagi rumusan dua jam perbincangan di MSMW dalam kurang dari 15 minit.

Berasal dari Sabah, Kendrick dibesarkan berdekatan dengan pantai dan meminati melukis sejak kecil dan sering mahu tunjukkan hasil lukisan kepada kedua ibu bapanya. Namun pukulan ombak sering menghancurkan lukisannya, dan dari situ dia mula belajar dan berlatih untuk melukis dengan lebih pantas. Menurutnya, dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada pada masa itu.

Menceritakan proses menghasilkan lukisan doodling, Kendrick berkata dia mula melukis secara digital dengan menggunakan tablet dua bulan lepas. Sebelum ini, semua lukisan dilakar dalam sebuah buku yang turut dibawanya bersama.

Katanya tugas menyiapkan lukisan doodle itu bukanlah mudah, dan memerlukan latihan bertahun-tahun.

Nasihatnya kepada orang ramai yang mempunyai minat yang sama untuk terus berlatih untuk berjaya.

Portfolio Kendrick Ng boleh didapati di kendylife.com

 

Tinggalkan komen anda