Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePulau PinangViral

Pelepasan 3 Tan Keli Pupuskan Udang Galah Sg Dua

By 7 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhamad Zaini Dollah (Pulau Pinang)

TASEK GELUGOR, 7 Mac (Malaysiaaktif) — Udang Galah dari Sungai Dua terkenal dengan keenakan serta isinya yang manis. Setidak-tidaknya itu dakwaan kalangan kaki pancing yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menikmati keseronokan tarikan “sang jenggo sepit biru” itu.

Namun demikian, keadaan Sungai Dua kini sudah berubah kerana lubuk udang galah dipenuhi dengan ikan keli.Β  Haiwan pemangsa ini menjadikan anak udang sebagai makanannya yang menyebabkan udang galah semakin pupus.

Menurut seorang nelayan sungai, Jamaludin Othman, 49, nelayan di sini menjadikan udang galah sebagai tangkapan dan sumber hasil sungai utama mereka.

Tambahnya, sejak kebelakangan ini hasil tangkapan mereka sudah berkurangan.Kadang kala dalam masa lima jam menjala udang, hasilnya hanyalah sekitar satu hingga dua kilogram sahaja, berbanding 10 hingga 20 kilogram sehari sebelum ini.

Sementara itu pemancing udang, Yusof, 35, berkata beberapa minggu lalu sebanyak tiga tan ikan keli dilepaskan ke dalam sungai ini. Yusof menyarankan agar pihak berkaitan lebih peka dengan nasib nelayan dan eko sistem di sungai ini bagi mengelakkan udang galah di sungai ini daripada terus pupus.

Tinggalkan komen anda