Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

12 Kampung Sertai Pesta Sukan Sepakat Bestari K1M

By 7 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norhayati Samsu Anuar (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 7 Mac (Malaysiaaktif) — Seramai 400 orang dari 12 buah kampung dalam daerah Kuala Pilah mengambil bahagian dalam Festival Sukan Sepakat Bestari Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Kuala Pilah 2016 kelmarin.

Antara acara yang memeriahkan pesta yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah itu termasuk boling, futsal, badminton, bola jaring, sepak takraw, dart, gusti lengan, karom, dam haji dan batu seremban.

Kampung yang mengambil bahagian ialah Kampung Tanggai, Kampung Dangi, Kampung Air Lerek, Kampung Senaling, Kampung Teneris, Kampung Cheriau, Kampung Kuala Serdang, Kampung Gunung Pasir, Kampung Tok Talang, Kampung Beting, Kampung Juasseh Tengah dan Kampung Sungai Talan.

Pengerusi Permuafakatan K1M Daerah Kuala Pilah, Haji Daud Yusof berkata program seumpama ini seharusnya diadakan pada setiap tahun untuk mengeratkan kerjasama, perkongsian maklumat dan semangat kesukanan untuk memupuk semangat perpaduan di antara kampung dalam daerah ini.

Majlis dirasmikan oleh EXCO merangkap Ahli Undangan Negeri Kawasan Senaling, Datuk Ismail Lasim, manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek.

 

Tinggalkan komen anda