Skip to main content
Berita TempatanSabah

PEMADAM Bersedia Berkerjasama NBOS Perangi Dadah

By 14 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muniyamma a/p Marapen & Mastim Kiriman (Sabah)

 KOTA KINABALU, 13 Mac (Malaysiaktif) –? Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) sentiasa memberi galakan dan ?berkerjasama dengan ?jabatan dan agensi kerajaan serta NGO’s untuk ?menangani masalah pengedaran dan penggunaan dadah di negeri ini.

?Selaras dengan tujuan PEMADAM ditubuhkan ?bagi menyedarkan masyarakat tentang masalah penyalahgunaan dadah dan menggalakkan? penglibatan masyarakat dalam usaha untuk membenteras penularan gejala ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid?, ?menyeru masyarakat agar terus prihatin dan memantau keselamatan persekitaran mereka serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku gejala – gejala yang tidak sihat.

Kita tidak mahu generasi pewaris kepimpinan kita di masa hadapan ?musnah akibat kealpaan?dan kelalaian kita sendiri.

“Masalah penyalahgunaan dadah adalah tanggungjawab kita semua secara bersepadu dan memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat termasuklah penduduk kampung, ketua kampung, pengerusi JKKK/JKDB dan sebaginya”.

“Dalam hal ini kita tidak sepatutnya mengharapkan kerajaan semata – mata ini ?tanggungjawab kita bersama’, ?tambah Jainab ?lagi yang juga merangkap Naib Yang di-Pertua PEMADAM Kebangsaan dan Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah sempena Program  Gotong Royong PEMADAM Bandaraya  Kota Kinabalu bersama Masyarakat Kampung Likas di Dewan Serbaguna, Likas pagi tadi.

?Beliau juga turut menasihatkan masyarakat supaya sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan halaman rumah masing – masing bagi mencegah penularan wabak penyakit berjangkit seperti denggi dan Penyakit Kencing Tikus “ Leptospirosos” yang boleh membawa maut.

Antara agensi yang menyertai gotong royong adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),  Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),  Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Air Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa anggota sukarelawan.

 

Tinggalkan komen anda