Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pesta Angin Timur 2016 Di Simpang Empat

By 14 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Laporan / Foto Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 14 Mac (Malaysiaaktif) — ” Jentani” ,Kerbau Besi  yang di pandu oleh Mohd Rizuddin bin Shaifulnizan dari Kampung Padang Benta telah dinobatkan sebagai Johan  dalam Pertandingan Lumba Kerbau Besi sempena Majlis Penutup  Program Pesta Angin Timur 2016 bertempat di Kampung Padang Benta,Simpang Empat,Perlis semalam yang  di sempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Acara kemuncak itu sebenarnya diadaptasikan dari permainan  orang kampung terdahulu yang menggunakan kerbau sebenar untuk  berlumba sesama mereka tetapi di sebabkan kekurangan kerbau d zaman sekarang  dan kecanggihan  teknologi jentera pembajak sawah ataupun  lebih di kenali sebagai KUBOTA di kampung orang yang di hiaskan cantik telah mengantikan kerbau sebenar.

DSC_9272(1)

Program tahunan kali ke 3 yang di anjuran Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dengan kerjasama JKKK DUN Simpang Empat juga melibatkan lebih dari tiga puluh agensi kerajaan dan swasta di negeri Perlis ini bukan sahaja di nantikan bukan sahaja penduduk di  Negeri Perlis malahan juga menarik perhatian penduduk penduduk di Negeri Kedah

Terdahulu di Majlis Perasmian yang di sempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis  Hamdan Bahari yang mewakili Menteri Besar Perlis beliau berkata,Penganjuran Pesta Angin Timur memberi banyak manafaat kepada pelbagai pihak terutama kepada permain dalam industry yang berkaitan dengan pertanian,seni budaya dan pelancongan.

Pengusaha,Peniaga kecil dan komuniti setempat yang terbabit dengan aktiviti jualan juga di dapati memperolehi hasil pendapatan yang agak lumayan menandakan bahawa program seperti ini mampu menjana ekonomi rakyat.

DSC_9330(1)

Turut hadir di majlis itu ialah,Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Mas Ermieyanti Samsudin, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Exco Belia dan Sukan dan Kebudayaan Negeri Perlis,Ketua Pengarah  Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara serta Ahli-Ahli Majlis  Menyuarat Kerajaan Negeri,Adun Kawasan Simpang Emat dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Pesta Angin Timur ini  mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk kepada musim panas yang di bawa oleh angin sebelah timur ke negeri Perlis.

Pesta ini di adakan ialah untuk memberi gambaran sebenar ataupun mengenang kembali aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan oleh penduduk kampung pada masa dahulu di waktu musim selepas menuai padi.Kekosongan waktu yang terluang dahulu di isi dengan perlbagai aktiviti yang menghiburkan penduduk kampung setelah penat lelah mengusahkan sawah padi.

Lebih dari 30 acara  yang di jalankan sepanjang tiga hari  pesta berlangsung yang tentunya membangkitkan nostalgia kepada sesiapa yang pernah membesar di zaman 50an hingga zaman 80an antaranya menangkap Ikan di dalam sawah, Tangkap Itik ,bermain layang-layang, Memancing Ikan,Tarik Anok, Panjat Tiang Lincin . dan Pukul Bantal.Pada sebelah malamnya pula di adakan pulan persembahan Wanyang Kulit dan Ghazal Phati.

 

Tinggalkan komen anda