Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pemilihan Presiden Kelab 1 Malaysia Guna Kaedah Pilihanraya

By 2 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Md Ali Hanafiah Hassan (Jempol)

JEMPOL,  2 Mac (Malaysiaaktif) – Pemilihan presiden Kelab 1 Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir yang berlangsung hari ini menggunakan kaedah pilihanraya sebenar. Dengan cara ini pelajar akan lebih memahami selok belok proses utama dalam sistem demokrasi sesebuah negara.

Seramai 150 ahli Kelab 1 Malaysia mengundi untuk calon yang mereka harapkan bagi jawatan tersebut. Prosedur yang digunakan termasuk penggunaan dakwat kekal.

 

klib2

 

Calon yang disenaraikan ialah Nur Alyyssa binti Razali dan Azrul bin Abdul Razak, kedua-duanya berumur 17 tahun. Mereka masing-masing menggunakan logo bunga raya dan magnet.

Calon yang menang dan dilantik menjadi presiden akan mempunyai kuasa mutlak memilih barisan ahli jawatankuasa.

Sementara itu, para guru di sekolah tersebut berasa teruja kerana pemilihan presiden pertama kali diadakan menggunakan modul pilihan raya sebenar di sekolah mereka.

Pemilihan ala simulasi pilihanraya sebenar ini diadakan dengan kerjasama pihak Jabatan Penerangan daerah Jempol.

 

Tinggalkan komen anda