Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bayar Cukai Tanah Secara Pandu Lalu Di Jempol

By 2 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)

JEMPOL, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Jempol kini boleh membayar cukai tanah melalui kaedah pandu lalu bermula hari ini hingga 31 Mei 2016.

Menurut Pegawai Daerah Jempol, Abdul Rahman Johor, kaedah yang diperkenalkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jempol ini bertujuan memudahkan penduduk menjelaskan cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun dan mengelakkan daripada didenda atau tanah dirampas.

Bagaimana pun, perkhidmatan pandu lalu yang pertama kali diperkenalkan ini hanya dikhaskan kepada pembayar cukai yang mempunyai hak milik tanah di Daerah Jempol.

Perkhidmatan ini dilancarkan pada pukul 9.00 pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda