Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Penduduk Bantah Kuari Di Gua Kelambu Gunung Pulai

By 9 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Yaakob Md. Isa, Mahazir Abu Hassan, Azfariza Ismail & Zainaudin Ab. Hamid (Baling)

BALING, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Cadangan pembinaan kuari batu dalam kawasan Gua Kelambu Gunung Pulai meresahkan penduduk setempat. Berikutan itu, hari ini kira-kira 50 orang penduduk kampung mengadakan bantahan terhadap cadangan tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Lama Pulai, Mohd Desa Murad, pembinaan kuari ini akan merosakkan alam sekitar, menjejaskan kesihatan penduduk dan menyebabkan mata pencarian sampingan mereka, seperti mencari baja tahi kelawar dan pokok paku aji akan terjejas .

“Katanya lagi, memorandum bantahan kepada Pejabat Daerah Baling telah dihantar sejak 2011 lagi, namun senyap begitu sahaja hingga menimbulkan tanggapan projek ini tidak akan dilaksanakan. Namu demikian, baru-baru ini mereka dikejutkan dengan pemasangan papan tanda oleh pihak pengusaha kuari yang amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penceroboh di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk, Mohd Naim Wahab berkata pembinaan kuari batu akan memusnahkan tempat-tempat bersejarah di gunung tersebut, iaitu Gua kelambu ,Gua Harimau,Gua Sirih,Gua Kambing,Guan Tembus,Gua Ikan,Gua Haji Putih dan Gua Pari.

Memorandum bantahan kali ini diserahkan oleh wakil penduduk, Mohd Desa Murad kepada Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisham Che Li yang mewakili Pejabat Daerah Baling.

 

Tinggalkan komen anda