Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomeKelantanViral

Peniaga Desak Caj Parkir Di Pasar Jelawat Dihapuskan

By 1 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto : Wan Mohd Zuki Wan Ismail / Rosli Md Zin / Siti Meriam Mohamad (Bachok)

BACHOK, 1 Mac (Malaysiaaktif) — Satu bantahan aman diadakan di perkarangan Pasar Jelawat di sini pagi tadi.

Seramai kira-kira 120 orang yang terdiri daripada peniaga dan orang awam mendesak agar bayaran parkir di pasar tersebut dihapuskan berikutan beberapa bantahan dan aduan kepada pihak Majlis Daerah Bachok dan Pejabat Tanah Daerah.

 

20160229223836 (1)

 

Mereka mendakwa oleh kerana tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib, mereka berasa terpanggil untuk mengadakan protes.

Menurut wakil peniaga, Suhaimi Abdullah, caj parkir di kawasan tersebut bermula pada November tahun lepas, tetapi berikutan bantahan ia ditangguhkan lagi dari 1 Januari hingga 31 Januari tahun ini.

Pihak peniaga tidak berpuas hati dan mendakwa masalah ini boleh menjejaskan perniagaan mereka kerana pelanggan tidak berminat untuk singgah ke pasar tersebut.

Kumpulan pembantah juga berkata mereka akan merujuk melalui proses perundangan dan memohon campur tangan pihak kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

 

Tinggalkan komen anda